Hakikatnya bahawa hidup ini amat singkat. Setiap saat berlalu tanpa kita ingat. Dan saban hari dirai umur yang kian meningkat. Berduyun berkejar mengusahakan harta dunia tak peduli lelah dan penat. Tak sedar masa sudah tamat. Bila mata terpejam rapat dan tangan erat mendakap, tatkala itu baru sedar sudah terlewat. Direnung kita akan diri di jasad, serta sugul keluarga dan sahabat. Ke kuburan kita diangkat, malaikat menunggu penuh taat. Soalannya mudah dan padat. Apa kau buat sepanjang dikurnia hayat?
Ayuh kita saling mengingat sebelum terlewat. Sediakan bekal untuk akhirat. Basahkan lidah dengan selawat. Di sana menunggu Muhammad, yang terlalu amat kasihkan umat.
Selawat ke atas junjungan besar, Muhammad SAW.
0 comments:
Post a Comment