Hai! Anda dah dapatkan tiket ke Floria? Tiket murah hanya sampai esok, 25hb saja ya...sempat lagi nak beli sebab dah gaji...Hihihi (gigih saya promote ni, MOTAC dan PPj tak bagi komisen ok!)
Sebenarnya, saya memang nak semua rakan-rakan tahu seiring dengan peredaran masa, teknologi yang digunakan pun canggih juga. Jadi, tak rugi untuk anda bawa anak-anak datang kerana hari anda akan terisi dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam. Masjid Sultan Mizan pun dekat untuk solat :)
Bagi yang ada anak kecil, boleh juga dibawa ke sana untuk mandi /bersalin pakaian. Tempat makan juga disediakan di sekitar lokasi festival. Cuma pada kali ini, Putrajaya sudah ada IOI City Mall sebagai pilihan tambahan selain Alamanda, Galeria, Ayer@8 Promenade serta Taman Warisan Pertanian di Presint 16 :)
Di bawah ini butiran ringkas FLORIA Diraja Putrajaya untuk anda!
*************************************************************************************
FLORIA Diraja Putrajaya akan membawa konsep percutian bersama keluarga ke suatu dimensi baharu menjangkaui imaginasi apabila komponen-komponen Taman Ajaib (Magical Gardens) membuka tirainya pada musim cuti sekolah iaitu mulai 27 Mei hingga 4 Jun 2016 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
Dengan menggunapakai teknologi terkini dari Eropah, Taman Ajaib (Magical Gardens) akan menampilkan satu pengalaman yang menakjubkan menerusi Hutan Mistik (Mystical Forest), Taman Kekwa (Chrysanthemum Garden), Dunia Duyung (Mermaid’s World) dan Laman Manisan (Candy Courtyard). Teknologi tersebut menghidangkan satu santapan bagi 5 deria sedia ada (lihat, dengar, rasa, hidu, sentuh) beserta perasaan.
Bertemakan ‘Keajaiban Dunia Floria’, festival bunga dan taman terbesar di rantau ini menghidangkan Bunga Kekwa sebagai bunga tema dalam suasana taman yang direka khas buat tatapan para pengunjung. Antara komponen baru yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong asing pada tahun ini adalah pameran ‘The Magic of Bonsai & Suiseki’, Taman Muzika, dan pameran Terrarium ‘Tropical Magic In The Glass.’
*************************************************************************************
0 comments:
Post a Comment