Topik kali ni sangat sedap! Avokado :)
Avokado merupakan buah kegemaran saya (ececeh...buah rambutan tak minat plak?) hihihi... Saya suka semua jenis buah terutamanya buahan tropika..jika nak dibuat rank, tempat pertama dah tentu Nenas (sebut saja pun dah melting~), kedua pula pisang...ketiga strawberi/mangga/delima (bergantung harga pasaran)...Alamak, bunyi mahal je kan...? Meh saya bagitau rahsianya kat sini...avokado cuma RM8/kg dan strawberi plak RM6/pek....jadi takdela melibatkan jumlah yang besar pun kan...melabur untuk sesuatu yang kita suka dan menyihatkan pula tu. Takde alasan ye ;)
Untuk mendapatkan avokado dengan harga yang saya cakapkan tadi, sila ke pasar Chow Kit. Suami saya biasanya akan membeli bekalan setiap 2 minggu sekali...sekilo dapat 3-4 biji...Di sana ada dijual buah ini dengan banyaknya yang didatangkan dari negara jiran kita, Indonesia. Jika anda ingin mencuba variasi lain...contohnya dari Australia atau Brazil, boleh dapatkan di pasaraya kerana hampir semua pasaraya ada menjual avokado. Buah ini akan masak apabila kulitnya bertukar kehitaman dan lembut. Oleh kerana teksturnya seakan butter, jadi anda boleh fikirkan sendiri kaedah masakan yang anda inginkan. Bagi saya, jus adalah cara yang paling mudah dan terbaik. Sedap...
Selain jus, saya suka letakkan buah ni di atas roti bakar. Ada dua cara yang biasa saya sediakan, satu adalah dengan hanya memotong buah tersebut dan ditabur dengan sedikit lada hitam dan garam seperti gambar di atas. Resepi kedua adalah seperti gambar di bawah. Dadu buah tomato dan avokado, gaulkan bersama garam dan serbuk lada hitam dan sedia untuk dimakan...boleh diletakkan di atas roti atau wrap. Hidangan ini boleh bertahan disimpan di dalam peti ais sehingga 3 hari bergantung kekedapan bekas yang digunakan. Jadi anda boleh sediakan lebih awal untuk sarapan/ lunch.
Jika ditanya apa khasiatnya...saya sebagai penggemar cuma boleh bercerita dari aspek rasa. Boleh ke blog ini, Tips dan Panduan untuk membaca khasiat buah avokado ni...Ada juga pendapat menyatakan buah ini boleh menggemukkan kerana kandungan kalori dan lemaknya yang tinggi iaitu mencecah 30gm/sebiji. Tak mengapalah...bila dah suka, lemak pun kita tak nampak lagi dah... *___* (Hihihih) Apa yang saya maksudkan ialah makanlah secara bersederhana. Apa pun jua jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat.
Oleh kerana saya gemar makan dan juga menanam...setakat ini saya dah ada 3 anak pokok avokado di dalam pasu semaian di rumah saya ni. Bila dah makan, sayang nak dibuang bijinya...(saya suka menyemai hampir semua biji buah yang saya makan...) jadi secara tak langsung ia tumbuh...Pokok ini dikatakan mengambil masa agak lama untuk berbuah iaitu 10 - 15 tahun jadi sila jangan berharap untuk makan buah hasil dari pokok semaian saya tu dalam masa terdekat ni :D
Jumpa di entri yang lain ye...Thank you for dropping by!
0 comments:
Post a Comment